diharap pngunjung ab$en di sini guna mempererat jaringan dunia internet, partisipasi dan kunjungannya kami ucapkan terima kasih.

Rabu, 01 April 2009

Blogstarz.my:Dapat Duit Klik Adsense Sendiri

Hari ini aku terbaca satu email yang bertajuk , “Menjana Pendapatan Dengan Blog“..Aku pun klik lah link daripada email tu..Lalu aku di bawa ke laman BlogStarz.my yang agak menarik design webnya..Hoho..Setelah dibelek-belek web portal tersebut , aku dapati bahawa BlogStarz.my ini cuba menyaingi kehebatan Blogspot/Blogger dan MyPortal..Ada banyak kelebihan-kelebihan yang BlogStarz.my ni ada berbanding yang lain..Tapi , yang peliknya dalam portal tu ada menjelaskan mengenai cara memperolehi pendapatan menerusi program Google Adsense dengan klik adsense anda sendiri!!!

Wah , masa pertama kali dapat tau ni memangla menarik..Tapi dah lama-lama nanti jangan menyesal pulak bila dah beriya-iya ikut tutorial yang BlogStarz.my tu syorkan sampai sanggup berhenti kerja..Yela, dah suka sangat nak dapat duit kan..Haha..Apa-apa hal pun kenalah buat kajian dulu..Bukan apa sudah terang lagikan bersuluh yang Google sangat tidak suka dengan perkara-perkara macam ni..Ni bukan setakat kena Google Slap lagi dah ni..Haha..Mana boleh click sendiri,nanti mestilah kena ban..Aku rasa orang yang mengasaskan BlogStarz.my ni tak baca Google T.O.S la kot..

Ni kalau ada sesiapa yang report dekat Google ni memang alamatnya tak lama lagi kaput(bankrupt)lah BlogStarz.my..Aku dah pun tanya Sifoo Adsense , Syed Ikhwan pasal perkara ni..Dia pun cakap kalau kantoi dekat Google ni dalam 2-3 minggu lagi punah la idea diorang..Katanya dengan kejamnya..Muahahaha..Nak letak adsense code dekat template blog tu boleh lagi..Tapi kalau sampai nak click sendiri , sorrylah brother..Haha..Korang rasa mcm mana?Boleh ke tak boleh?Adakah BlogStarz.my dapat approval dari Google?Mungkinkah Google membenarkan gejala tak sihat ni berlaku?Tepuk dada , lu pikirlah sendiri..

P/S: Masa mula-mula bergiat dengan Adsense dulu pernah juga klik-klik dengan Fayadh..Hoho..Dah USD100 lebih kena ban dah!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar